Tuesday, March 20, 2007

Pelaburan Internet

"Bang, nko tak nak masuk A* Fund tak? Aku dah masuk sebulan, RM380 jer, skang tiap tiap hari collect duit RM45++. Mudah jer bang, untung!"
"Di, jadi tak mu join aku? Untung Di... Upline aku kat Swi$$ Ca$h tu dah dapat RM10,000 tiap tiap bulan. Pagi jumpa client dan downline baru, pastu petang duk umah jer..."
Tu la antara ajakan kawan aku kat opis minggu lepas. Khabarnya, sorang member aku tu, dia dah booked kereta Perdana, (sebelum ni bwk kereta Wira) gara-gara untung dlm pelaburan internet yg disertainya bulan lepas.
Yg sorang lagi pulak, dah siap buat loan kat KOOP pasal nak tambah pelaburan dr RM ratusan kpd RM Puluhan Ribu.
Erm, berani sungguh diorang. Itulah antara fenomena sekarang, lebih2 lagi di kota2 besar mcm KL ni. Org akan berlumba mencari kejayaan dan juga kekayaan. Cuma kekadang tu, sesetengah mereka lupa untuk mencari KESENANGAN.
Secara peribadi, siapa yg tak nak duit. Siapa yg tak nak kekayaan, di tambah lagi dgn kesenangan. namun, jalan utk dapatkan duit, kejayaan, kekayaan, dan kesenangan tu biarla betul.
Pelaburan internet ni, memang rata2 yg saya ketahui, ramai yg sudah mendapat hasil, ramai yg sudah boleh membeli kereta baru, cuma sekarang timbul isu Halal Haram operasinya. Untuk dapatkan maklumat yg lanjut, boleh la layari sumber2 yg boleh di percayai.
Namun, jika saya ditanya perihal pelaburan internet ini, saya akan tegaskan beberapa perkara:
1. Keuntungan - Jika benar setiap hari kita diberikan keuntungan (sbg contoh 12%). Agaknya, dr mana sumber2 itu?
2. Investee - Tempat yg dilaburkan. kalau boleh, kita tau kemana ia dilaburkan supaya ia tidak menjadi WAS - WAS.
3. Hati-hati, jangan sampai kita di tipu.
p/s: risiko tanggung sendiri
Wassalam
Rosmadi Shakri

No comments: