Sunday, May 20, 2007

Staff Gov naik Gaji

"Kenaikan terbesar dlm sejarah"
"7% to 42%"
"Kenaikan selepas desakan Cuepacs"

Itu la antara senario baru masyarakat Malaysia buat tempoh seminggu yg lalu. Kerajaan telah bersetuju menaikan gaji kaktitangan awam dr 7% sehingga 42%. Terima kasih kepada pihak Perdana Menteri, terima kasih jugak kepada Cuepacs yg menyuarakan hasrat rakyat, dan akhirnya semua dimakbul tuhan bila minggu lepas Kerajaan mengumumkan kenaikan gaji terbesar dlm sejarah Malaysia.
Oleh yg demikian, semua kakitangan awam akan menikmati kenaikan ini bermula Julai 2007 termasuk kakitangan yg telah pencen.
Senario ini juga mengundang byk isu-isu baru yg akan di susuli kemudian. Antaranya :
Soalan
1. Adakah harga Barang akan naik sejajar dgn kenaikan gaji?
2. Janji Cuepacs bg memastikan kumpulan kakitangan GOV akan memberikan servis di tahap maksimum, selaras dgn kenaikan gaji maksimum. Bolehkan kakitangan GOV berikan servis terbaik?
3. Sumber2 kerajaan utk ditambah, bg memuaskan keperluan 7% - 42% kenaikan gaji kakitangan awam?. Dari mana kerajaan akan dapatkan sumber2 ini?
4. Bagaimana nasib kakitangan swasta? Adakah mereka jugak akan menerima kesan dr kenaikan ini?
5. Kesan INFLASI dan EKONOMI Malaysia untuk tempoh 5 tahun akan datang?
Cukup itu sahaja yg saya nampak dr kacamata saya org kebanyakkan. Apa yg mungkin saya ingin nyatakan pendapat saya :
Jawapan
1. Nak atau tidak, harga barangan akan naik sejajar dgn kenaikan gaji kakitangan GOV. Ini kerana tarikan dr kesan kenaikan gaji kakitangan GOV akan memaksa pihak tertentu, (dijangka) menaikan antara 1% hingga 5% harga brg2 keperluan seharian. Pihak kerajaan akan berusaha memantau dan menyekat kenaikkan harga ini, namun pagi pihak penjual, mereka juga terpaksa menaikan harga2 tertentu bagi menampung kos mereka.
2. Mengikut pengalaman lepas, pihak kakitangan GOV berjaya menaikkan kualiti servis dan kerja mereka apabila diberikan ganjaran yg lebih dr pihak Kerajaan. Oleh yg demikian, saya menjangka kualiti servis dan kerja pihak GOV akan naik sehingga 50% sekiranya "scale" kenaikan gaji 2007 ini di laksanakan dgn betul.
3. Perbelanjaan kerajaan bukan sahaja melibatkan gaji kakitangan kerajaan sahaja. Ia meliputi semua keperluan asas masyarakat samada dibiayaai penuh (gaji kakitangan, pembinaan sekolah) dan separuh (pembinaan jalan raya). Oleh yg demikian dgn kenaikan sehingga 42% pihak kerajaan terpaksa menyusun semula sumber2 yg ada bagi memastikan janji yg diberi akan dilaksanakan. namun dlm masa yg sama, projek yg di jadualkan sebelum ini, akan terus dilaksanakan bagi keperluan semua rakyat. Oleh yg demikian, secara teori asal, saya menjangkakan pihak GOV akan memilih cukai2 tertentu utk dinaikkan, serta tidak meneruskan projek2 yg tidak penting bagi tempoh 3 tahun yg akan datang.
4. Jika kakitangan GOV naik gaji, pihak swasta akan turut sama terasa kesan dr situasi ini. Benchmark yg biasa digunakan apabila kenaikan gaji adalah berdasarkan gaji kakitangan awam (walaupun dr segi teori sebelum 2007- gaji kakitangan swasta biasanya 30% lebih dr kakitangan GOV). Namun atas dasar syarikat persendirian, Private Sector di galakkan utk memberi sedikit imbuhan kpd kakitangan mereka. Namun, ini semua adalah terpulang kepada Private Sector itu sendiri.
5. Deflation rates pada waktu sekarang adalah antara 4.2% dan kadar inflasi kat malaysia, masih di bawah 4% (yg di istilahkan sebagai 0 inflasi bg sesetngah pihak). Dgn kenaikan ini, rakyat akan punyai lebih kuasa beli. Maka ia akan sedikit sebanyak memberi impak kepada peniaga, jualan kereta, pembelian rumah, travel, serta brg 2 mewah. Dr segi keperluan asas tiada byk beza, cuma keperluan mendapatkan brg2 berkualiti akan meningkat sedikit dr sebelum nya. Rakyat akan cuba mendapatkan makanan yg berkualiti apabila punyai kuasa membeli yg lebih dr sebelumnya. Oleh yg demikian, ia membantu meningkatkan modal insan yg berkualiti.

No comments: