Sunday, March 18, 2007

3K dlm Kehidupan

Kehidupan Kota yg mencabar seperti KL, menjadikan warganya masing2 berlumba2 mencari kekayaan. Kluar pagi selepas subuh, dan pulang ketika senja, hinggakan ada yg terpaksa bersengkang mata sehingga jam 10mlm ke 12mlm. Org akan berlumba mencari Kejayaan dan juga Kekayaan. Cuma kekadang tu, sesetengah mereka lupa untuk mencari Kesenangan. Jika saya diberikan peluang, saya akan katakan bahawa, antara ketiga2 tersebut, ada perbezaan. Pendapat saya :
1. Kejayaan - adalah sesuatu yg subjektif bg setiap individu. Ia hanya boleh di nilai oleh individu tersebut sahaja samada dia berjaya atau tidak. Dan jika kejayaannya dapat di iktiraf oleh masyarakat sekitar, maka itu adalah bonus baginya.
Contoh.
Seorang anak sulung dlm keluarga yg mengambil Peperiksaan di dlm SPM. Beliau hanya mendapat 5A 3B dan 2C dlm matapelajarannya. Dgn keadaan yg serba daif, kesibukan membantu keluarga yg susah dan komitment terhadap keluarga, agak mustahil bagi dia untuk mengikuti kelas tuisyen spt rakan2 yg lain. Oleh yg demikian, pendapat saya, hasil yg telah diperolehi adalah kejayaan bgnya walaupun ia menjadi kebiasaan kepada org lain.
2. Kekayaan - Kaya dr segi harta, wang ringgit, dan juga kaya dlm asset2 semasa. Golongon ini biasanya lebih kpd golongan Eksekutif dan mereka adalah antara org2 yg boleh dikatakan tiada masalah jika berhadapan dgn masalah duit. Namun, bukan semua org yg Kaya adalah org yg berjaya. Sesetangah dr mereka adalah pewaris dr kekayaan.
Contoh.
Bagi mereka yg tergolong dlm golongan org2 kaya, alhamdulillah. Tuhan melimpahkan rezeki kpd mereka lebih dr org lain. bagi mereka yg nak jadi kaya, bukan senang nak capai kekayaan. Ia tidak akan dtg bergolek. Jika ada pun, 1 dlm sejuta, mungkin betul2 tuah menjemput mereka. Dan org kaya juga tidak terlepas dr masalah, jika org kebanyakkan punyai masalah yg kebanyyakan, org kaya punya risiko yg lebih besar dr org lain. Risiko dirompak, ditipu kekayaan, dan juga risiko lain.
3. Kesenangan - Golongon ini, boleh saya simpulkan ramai di kaw kampung. Mereka tidak kaya, mereka juga tak semestinya berjaya, namun, mereka hidup dlm keadaan aman, damai, luar dr hiruk piruk kota, tiada masalah bebanan hutang dr bank, tiada masalah kesesakan lalulintas, kenal jiran, malah rapat dgn mereka, hidup berlandaskan komuniti masyarakat yg berteraskan adat. Era kanak2 saya, saya sempat melihat mereka2 yg tinggal di hulu kampung berumahkan papan, berdindingkan buluh yg disulam, dan berlantaikan batang pinang atau nibong. Hidup sekadar cukup makan, namum mereka selesa dan gembira dgn rezeki mereka.
Contoh.
Ramai dikalangan kita walaupun hidup agak mewah, kereta mewah, rumah besar, namun setiap bulan perlu fikirkan pasal bil hutang kereta, byr rumah, telefon, nursery anak atau maid, pakaian, sewa tv bebayar serta perkara2 lain. Walaupun pendapatan besar, namun kita masih terikat dgn komitment tiap2 bulan.

Rosmadi Shakri

No comments: